Jumaat, 14 Januari 2011

Taburlah bunga-bunga cinta kepada insan yang halal ..



Usia remaja adalah satu tahap usia di mana keinginan untuk bercinta, perasaan untuk disayangi dan menyayangi berada di tahap yang paling tinggi. Ini memang telah dibuktikan melalui kajian sains di mana hormon tertentu menjadi sangat aktif pada usia remaja. Syeikh Ibn Athailah al-Sakandari dalam kitabnya yang terkenal iaitu al-Hikam mengungkapkan pengertian cinta dengan begitu menarik sekali:

"Seseorang pencinta itu bukanlah orang yang mengharapkan timbalan atau menuntut balasan daripada orang yang dicintainya. Kerana orang yang mencintai kamu adalah orang yang berkorban untukmu, dan bukan orang yang engkau terpaksa berkorban untuknya"

Tidak dinafikan di kebanyakan IPT sekarang, ramai yang sudah memiliki pasangan masing-masing buat menemani hidup mereka. Oleh itu, jika korang adalah salah seorang yang terjebak dengan jerat percintaan dan korang keliru untuk memastikan sama ada hubungan itu adalah cinta yang diredai Allah atau tidak, ada panduan yang boleh digunakan.


PANDUAN MENGENALI PASANGAN

Makwe Korang BELUM Benar-Benar Mencintai Korang Jika:

· Sering membawa korang keluar jalan-jalan (buang masa)

· Selalu sangat meminta korang belanjanya makan dan shopping

· Asyik menghubungi korang siang dan malam

· Ingin mengikut korang ke mana saja korang pergi

· Selalu meminta korang menyiapkan assignmentnya

· Tidak pernah mengingatkan korang untuk bersolat apabila tiba waktunya

· Tidak berminat membincangkan soal pelajaran

· Korang sering melihat dia melewatkan solat atau meninggalkan solat

· Sering mengelak daripada bercakap hal agama

Maknanya: Jika semua atau salah satu ciri-ciri di atas dimiliki oleh makwe korang, confirm dia memang TIDAK TELUS mencintai korang, tetapi lebih berminat dengan poket korang. Jika diteruskan hubungan dengan wanita seperti ini, bukan poket korang saja yang akan kering, pelajaran korang juga terganggu dan merosot.



Pakwe Korang BELUM Benar-Benar Mencintai Korang Jika:

· Sering mengganggu dengan menelefon atau SMS ketika sedang mengulang kaji pelajaran

· Sering mengajak korang ke tempat-tempat sunyi

· Cuba mencium korang walaupun korang sering memberi amaran agar menghentikannya

· Suka memegang tangan korang. Kadang-kadang dia pura-pura tidak sengaja

· Selalu minta tolong siapkan assignment

· Banyak alasan dan tidak ikhlas menolong sekiranya korang memerlukan bantuan

· Selalu minta dibelanjakan makan tengah hari dan duit topup telefon

· Tidak membenarkan korang bersama dengan lelaki lain sekalipun sekadar untuk mengulang kaji pelajaran atau study group

· Sering mengajak korang ke tempat-tempat tidak elok (maksiat), seperti panggung wayang, parti dan kelab malam

· Bercakap isu-isu 18SX dengan ada tanpa ada perasaan malu

· Sering menghantar SMS lucah dan gambar tidak senonoh kepada anda

· Tidak berminat membincangkan soal pelajaran

· Korang tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal-hal agama

Maknanya: Jika beginilah ciri-ciri yang terdapat pada pakwe korang, jangan segan silu untuk memutuskan hubungan dengan segera. Jelaslah dia TIDAK JUJUR mencintai korang dan kasihnya hanyalah bertunjangkan nafsu serakah semata-mata. Dia tidak mengambil berat terhadap pelajaran dan masa hadapan korang. Tidak layak menjadi ketua keluarga yang sepatutnya memimpin korang dan anak-anak (kalau bercadang hendak berkahwin). Jika hubungan seperti ini diteruskan, bukan saja korang akan keciciran dalam pelajaran, malah maruah dan kesucian korang juga tergugat.


Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...