Sabtu, 19 Februari 2011



ALLAH sengaja tidak turunkan hujan dan tidak membenarkan matahari memancarkan cahayanya supaya tiada pelangi dapat menghiasi langit... Allah sengaja memberi kan ujian supaya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada... Allah sengaja membiarkan air mata mengalir tanda kelemahan dan kekerdilan diri... Allah sengaja membiarkan hati ini merindu supaya sentiasa mendekatiNya... ya...Allah sengaja... Allah sengaja membiarkan hati ini, diri ini bertanya-tanya, apakah sume ini...apakah maksud yang tersirat disebalik ujian ini? seandainya aku mampu melihat hikmah disebalik sume ini... pasti diri ini tidak akan mengomel, mengadu dan merintih atas ujian yang menimpa... tidak mungkin... tapi, apa daya ku?
terasa diri ini lemah sangat Ya Allah 
disaat ujian itu mendatang...
aku lemah
keliru...risau...
kenapa harus aku diuji dengan perasaan ini?
perasaan Rindu...
Sayang...Kasih...
perasaan ingin dibelai, di manja...
di sayangi...di ambil berat...
Ya Allah...
aku tahu Engkau tidak akan menguji aku
lebih dari yang aku mampu hadapiNya...
tapi...bila saat ujian itu datang, 
datang mengujiku bertalu-talu...tanpa henti,
tanpa pernah menghiraukan perasaan ku...
tanpa pernah mendengar rintihan hati ini...
Pedih...sakit...
tak terdaya nak hadapinya lagi...
sampai satu masa..satu saat...
diri ini sudah tidak mampu lagi 
tidak Mampu
untuk meneruskan perjuangan...
Langkah kaki ini sudah tidak terdaya lagi...
derita hati kerana KAWAN...
kerana CINTA
kerana PELAJARAN
kerana TANGGUNGJAWAB
kerana AMANAH yang harus dipikul 
sebagai seorang pejuang Islam...
aku lemah...
Ya Allah...
mampukah aku untuk meneruskan sume ini?
mampukah aku menghitung hari-hari ku
untuk terus berjuang?
untuk terus mempertahankan segala-galanya...
untuk terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan?
MAMPU KAH AKU???

tanpa ku sedar air mata mengalir... mengalir laju tatkala aku tidak mampu untuk menyatukan dua hati, dua insan, dua sahabat, dua teman......aku tidak mampu untuk menyelesaikan salah faham ini...aku dah cuba..tapi...
mungkin Allah masih mahu menguji ku...tapi sampai bila masalah ini akan terus berpanjangan? sampai bile hati-hati itu akan terus saling menyalahi satu sama lain???

Ya ALLAH, aku pohon
Engkau satukanlah hati-hati kami seperti mana Engkau pertemukan para sahabat...
buangkanlah ego dan salah faham di antara mereka
supaya di sana akan terjalin sebuah persahabatan
yang kekal..abadi..dan 
Engkau tanamkanlah keyakinan, kepercayaan antara kami...
suapaya tiada lagi salah faham
iri hati, dan dengki antara kami...
amin...


Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

Jumaat, 18 Februari 2011











Kami tidak berzina!
Maaf, kami tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina!

Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum…..adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu….
Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalamandan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah kau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefonn dan SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak berhenti di situ sahaja. Percalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual –bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih atau permpuan/lelaki dengan perasaan berahi.

Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah, "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya ialah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya ialah berjalan(menuju ke tempat maksiat/pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju ke lembah penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja.
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan suka berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi, belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi begini akan ditulis ibadat oleh Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni….betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu ……banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah . Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak de perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu, Kita ada nafsu, ada keinginan. itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenag perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh naluri cinta?
Naluri adalah sebahagiaan kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma, tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manuysia yang sihat nalurinya. Jangan jadi ‘malaiakat’! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan isinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.

Tentu ada cinta cara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sebagai ganti yang lebih baik iaiti perkahwinan. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling menyintai kecuali nikah.(Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian, berbual panjang hingga lewat malam. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalu tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam…….

Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai di daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kesihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai yang bercinta tapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. 
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah, takut manusia akan kecundang.

Jadi, manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia, daripada keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun ianya kecil. Allah takdirkan suatu peristiwa untuk dijadikan iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan mendekati atau makan buah Khuldi di dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan-Nya (manusia). Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah : “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok(Khuldi) ini, (jika kamu hampirinya) maka akan menjadilah kamu daripada orang yang zalim”. (al-A’araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi, tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan kearah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan seseorang masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan nada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam.
Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah auatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagian jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahinya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia, jika langkah mula sudah pun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit….adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adalah perangkap Iblis dan Syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya “angkat” ini, sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, Abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta, akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah pada dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak bermaruah adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah diri?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman : “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau musyrik: dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang bagi orang-orang yang beriman”. (Surah al-Nur:3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan!

Jadi orang pernah bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudak janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu sepah dibuang…Pepatah itu diungkap kerana ia sering berualang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ni lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja: Display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata: sekadar sepingan mee goring dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya…….

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : “Dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)….Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”. (al-Ahzab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.

Kami ingin mendapat reda Allah. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat :

1-Tinggallah perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2-Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan (ini).
3-Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha penganpum dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh tuhanku, hambamu berdosa…….

Amin, Ya Rabb. Semoga Allah menerima taubatmu.

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari reda-Mu. Terimalah taubat mereka, amien.

Ambillah ikhtibar. Janganlah menjadi atau bapa kepada anak zina. Kesihanilah zuriat kita. Janganlah anak yang tidak berdosa menanggung keaiban ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan sebagai anak zina. Oleh itu, jangan hampiri zina.


Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

Rabu, 16 Februari 2011


Surat untuk sahabat....semoga ukhwah kita berkekalan....

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

Sabtu, 12 Februari 2011







Aku akan tetap menyayangi,
Walau hati perit dilukai,
Walau jiwa penuh tangisi,
Walau perasaan dirobek dicaci,
Tapi,
Aku akan tetap menyayangi.

Aku akan tetap menyayangi,
Biar harta tergadai,
Biar pangkat di jatuhkan,
Biar hidup terbengkalai,
Tapi,
Akan aku tetap menyayangi,

Aku akan tetap menyayangi,
Biarlah sehingga akhir waktu,
Biarlah sehingga jasad dipisahkan,
Biarlah sehingga nyawa berjauhan,
AKU AKAN TETAP MENYAYANGI...

bexraz...2011

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)







Inikah apa yang aku mahu,
Malu di hati tapi realitinya malu pada segalanya,
Kenapa aku harus malu,
Malu paada apa yang aku mahu,
Malu pada apa yang aku pendamkan,

Tapi malu aku hanya pada sifatnya,
Biarkan malu itu terus berada,
Walau malu itu terus bermaharajalela,
Biarkan aku terus malu,
Selama-lamanya.

bexraz...2011

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)






Aku tahu aku hina,
Aku tahu aku siapa,
Jika masa boleh diundur lagi,
Akan aku ubah segalanya,
Aku pasti,
Aku bukan sehina ini.

Aku hina,
Tapi kenapa kau buat aku begini,
Aku tahu kau benci,
Aku tahu kau tak menyayangi,
Aku tahu kau tak akan menghargai,
Hinakah aku sehingga kau buat aku begini,

Biarkanlah aku sehina ini,
Tinggal bersendiri,
Tapi inilah realiti,
Aku seorang yang hina disisi...

bexraz...2011

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)






Kenapa?
kenapa kau buat aku begini,
Aku dah mula percaya,
Aku dah mula hargai,
Aku dah mula ingin simpati,
tapi...

Kenapa kau buat aku begini?
Kenapa kau tak memberi aku peluang?
Kenapa kau beri aku kepercayaan?

Aku tahu kau ragu,
Tetapi kenapa kau tak meyakini?
Aku tahu kau rasa sepi,
Tapi kenapa kau menjauhkan diri?

Kenapa kau buat aku begini?
Jika inilah apa yang kau pinta,
Biarkan aku pergi,
Biar dan jangan pernah berkata...
KENAPA aku pergi.....

bexraz...2011

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

Jumaat, 11 Februari 2011







Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
 

1. Barangsiapa suka duduk  berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada  dunia dan keinginan kepadanya.
 
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
 
3. Barangsiapa suka duduk  dengan Sultan (Pemerintah Negara),akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
 
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya
 
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
 
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
 
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
 
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmunya dan waraknya

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua...semoga pagi ini diberkati lagi dirahmati oleh Allah...
Pagi ni paz solat aq terfikir pasal aurat perempuan..aku tertanya2 dan aku terus mengukai adakah ianya PAHALA ataupun SEKSA??mari kita perjelaskan...
Aku jumpa satu hadith sahih: 
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: 

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang 
(penguasa yang kejam); 

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. 


Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim) 
Bagi perempuan yang beriman, sudah pastinya mereka akan takut bertambah gerun jiaka membaca hadith ini, malangnya berapakah antara mereka yang faham benar akan hadith di atas???


AKU TAK TERANSANG TENGOK PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG!!! 

Walhal sebelum aku di tarbiyah, ransangan itu semakin kuat dan menghasilkan pandangan yang kedua, tetapi ia tidak lagi menjadikan pandangan kedua ke arah itu, malah ia menghasilkan istighfar dan mengingat kepada Allah. InsyaAllah. 
Apakah aku tidak bernafsu? Mustahil aku tidak bernafsu kerana aku seorang lelaki. Seorang lelaki yang masih normal, punya hati dan perasaan untuk menikah.
Tetapi, bagaimana jenis perempuan yang akan memberikanku ransangan? 
cukuplah kalau aku dapat nyatakan disini perempuan itu ialah perempuan yang cukup sukar dijumpai di akhir zaman ini. 
Ketika kawan-kawan mereka bertabarruj* menunjukkan perhiasan dan wangi-wangian yang melekat di tubuh dan baju, perempuan solehah ini sanggup bermati-matian menjaga aurat mereka, bertudung litup menjaga bentuk badan mereka dari ditayangkan kepada yang bukan berhak.. 
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: 
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Begitulah pesanan nabi kepada Asma’. 
Lain pula halnya ketika ini, ketika aku masuk kelas, dengan selambanya terdapat classmate yang menampakkan lurah punggungnya. 
Pelik sungguh. 
Apakah dia tidak malu menunjukkan barang peribadi yang selalu digunakan di hadapan mangkuk tandas. Aku tidak fikir kawan-kawan lelaki dalam kelas sama taraf dengan mangkuk tandas untuk didedahkan punggungnya. Aku pelik sungguh… 
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- 
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)
(Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. 
Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. 
( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) 
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Wallahua’lam. 
Mudah-mudahan memberi manfaat pada aku dan pembaca.(sumber internet)

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)



Saudaraku, sidang pembaca yang budiman.Bersempena maulidurrasul minggu depan marilah kita sama2 merenungi kisah baginda, Sebagai muslim, siapa yang tidak kenal kepada Nabi Muhammad SAW ? Rasulullah SAW tercatat sebagai pemimpin yang handal dan sukses. Handal sebagai pemimpin umat, sukses didalam melaksanakan tugas kenabian. Saat itu di tengah-tengah kebiadaban kekejaman dan kebobrokan akhlak masyarakat jahiliyah di kota Mekkah lahirlah seseorang yang nantinya akan menjadi utusan Allah dari bangsa Quraisy. Bernama Muhammad putra Abdullah, ibunya bernama Siti Aminah. Terlahir pada hari Senin tanggal 12 Rabiul Awal tahun Gajah bertepatan dengan tanggal 20 April tahun 571 M. Tidak dapat dipungkiri, kehadiran Nabi SAW telah berhasil mengikis habis prilaku jahiliyah dan mengubahnya dengan keimanan kepada Allah SWT. Beliau berjuang mengembangkan agama Islam selama 23 tahun di dua tempat yaitu kota Makkah selama 13 tahun dan kota Madinah selama 10 tahun. Selama 23 tahun perjuangan beliau melaksanakan tugas mulia dari Allah SWT dengan sikap jujur, memelihara amanah, rajin, ulet, mandiri, bertanggung jawab, berani memikul risiko dan berkeperibadian yang baik serta berbudi pekerti yang patut diteladani dan Nabi SAW telah berhasil menegakkan agama Allah, menyampaikan (Syiar dakwah Islam) ajaran agama yang berharga itu kepada umat manusia.
Saudaraku, sidang pembaca.detik-detik terakhir wafatnya Rasulullah SAW, sebuah kisah nyata yang begitu mengagumkan sekaligus mengharukan serta menggetarkan dada setiap insan-insan beriman seperti berikut ini.
Ketika dakwah sudah semakin sempurna dan Islam sudah mengendalikan keadaan, mulailah tampak tanda-tanda perpisahan Rasulullah SAW dengan kehidupan. Hal tersebut tampak dari perasaan, ucapan dan perbuatan beliau (Nabi SAW). Pada tahun 10 H. Rasulullah SAW mengumumkan akan melaksanakan ibadah Haji (Haji Wada’). Pada tanggal 8 Dzulhijjah (hari Tarwiyah) Rasulullah SAW menuju Mina, setelah itu berangkat ke Arofah dan beliau singgah di Namirah lantas berangkat lagi hingga lembah Wadi’ di sana sudah berkumpul sekitar 144.000 manusia. Nabi SAW menyampaikan khotbahnya (Khatbah Wada’ di Arofah). :
”Wahai manusia, dengarlah ucapanku, karena sesungguhnya mungkin aku tidak akan menjumpai kalian lagi setelah tahun ini di tempat wakaf ini selamanya. Sesungguhnya darah dan harta kalian suci, sebagaimana sucinya hari ini dan Negeri ini. Ketahuilah semua perkara-perkara jahiliyah berada dibawah kakiku tidak berlaku, begitu juga dengan darah jahiliyah telah tidak berlaku. Darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Harist yang dahulu disusui di Bani Sa’ad lalu di bunuh oleh Hudzail. Riba jahiliyah juga telah tidak berlaku dan riba pertama yang aku batalkan adalah ribanya Abbas bin Abdul Muththalib, sesungguhnya semuanya tidak lagi berlaku. Bertawakalah kalian kepada Allah SWT dalam urusan wanita, karena kalian mengambil mereka dengan amanah Allah, kalian halalkan kehormatan mereka dengan kalimat Allah. Untuk itu, hak kalian adalah bahwa istri-istri kalian tidak boleh menghamparkan alasnya kepada orang yang kalian tidak sukai. Jika mereka melakukan hal itu, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Sedang hak mereka yang merupakan kewajiban kalian adalah diberi nafkah dan sandang yang layak. Aku tinggalkan untuk kalian sesuatu yang tidak akan membuat kalian tersesat jika berpegang teguh kepadanya, yaitu Kitabullah. Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada Nabi setelahku, tidak ada umat setelah kalian. Maka sembahlah Rabb kalian, shalatlah lima waktu, puasalah di bulan kalian (Ramadhan), tunaikanlah zakat harta kalian yang akan mensucikan diri kalian, tunaikanlah Haji ke Baitullah, ta’atilah pemimpin kalian, kalian akan masuk syorga Tuhan Rabb kalian.”
Nabi Muhammad SAW, Nabi termulia, Rasul paling agung telah wafat. Telah berpulang kerahmatullah manusia yang paling mulia, seorang Nabi dan Rasul yang sangat mencintai umatnya, seorang bangsawan Quraisy yang handal sebagai pemimpin umat, yang sukses menjalankan tugas kenabian, telah berpulang Nabi dan Rasul terakhir yang kepribadiaannya oleh Allah SWT telah dipersiapkan buat panutan umat, telah berpulang orang yang tidak pernah memakai sutera, telah berpulang orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, telah berpulang orang yang lebih memilih tikar dari sebuah singgasana, telah berpulang orang yang jarang tidur diwaktu malam karena takut Neraka Sa’ir. Peristiwa ini terjadi pada waktu Dhuha, hari Senin tanggal 12 Rabbiul Awal tahun 11 H. Tepat pada usia beliau (Rasulullah SAW) 63 tahun lebih 4 hari. Wallahu ’alam Bissawab.

Mari kita berselawat ke atas baginda semoga kita mendapat syafaat diakhirat...

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...