create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 9 Februari 2011

Blog Berwajah Baru??? & kelahiran nabi..

Salam Ukhwah...

Selama 2 hari aku bertungkus-lumus menggodeh,menyumbat,membetulkan blogs aku nie...

Nak kater pening memang pening lagi2 bab2 kene tengok KOD HTML..

fuhh...tension aku....

aku ingatkan aku berhenti disekerat jalan tapi tidak...aku teruskan dengan sedaya upaya...

dan akhirnya siap jugak...

Sepertimana yang kita tahu minggu depan adalah hari kelahiran Baginda Muhammad S.A.W..

oleh e2 marilah kita bersama2 menghayati cebisan tinta halus ini...


Mari semua kita mulakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan…

Ketika itu Baginda tengah duduk berkumpul bersama sahabat- sahabatnya…

Di antara para sahabat ada Saidina Umar, Uthman, Ali, Abu Bakar dan lain-lain…

Lalu kemudian Rasulullah bertanya kepada sahabatnya…

“wahai sahabat ku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang paling mulia di sisi Allah???...”

Para sahabat terdiam, lalu kemudian salah seorang sahabat berkata…

“Para Malaikat ya Rasulullah…. Mereka lah yang mulia…”

Baginda berkata “ ya, para Malaikat itu mulia. Mereka dekat dengan Allah… dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah… tentulah mereka mulia… TAPI bukan itu yang ku maksudkan…”

Lalu para sahabat mula terdiam… Tiba-tiba salah seorang sahabat pun berkata, “ ya Rasulullah, tentulah para Nabi.. Mereka lah yang mulia itu…”

Nabi Muhammad tersenyum lalu berkata, “ ya, para Nabi itu mulia… mereka utusan Allah di muka bumi… bagaimana mungkin mereka tidak mulia… mereka mulia TAPI ada lagi yang lainnya..”

Para sahabat terdiam dan tertanya-tanya siapakah lagi yang lagi mulia??? Sehingga berkata seorang sahabat, “ ya rasulullah… adakah kami sahabat mu yang mulia itu ya rasulullah…???”

Bayangkan baginda nabi Muhammad melihat wajah-wajah sahabatnya baginda tersenyum melihat wajah mereka…

Baginda berkata, “ tentulah kamu mulia.. kalian dekat dengan ku, kalian membantu perjuangan ku bagaimana mungkin kalian tidak mulia… tentu lah kalian mulia… TAPI ada lagi yang lain yang mulia…”

Para sahabat terdiam semua nya… mereka tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi… lalu bayangkan tiba-tiba nabi Muhammad menundukkan wajah nya… bayangkan tiba-tiba nabi Muhammad menangis di hadapan sahabat-sahabat nya…

Para sahabat pun brtanya, “ kenapa engkau menangis ya rasulullah???”

Lalu bayangkan ketika nabi Muhammad mengangkat muka nya yang basah dengan air mata sehinggakan membasahi janggut baginda…

Baginda berkata, “ wahai saudaraku, sahabatkah ku, tahukah kalian siapa yang mulia itu??... mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh selepas wafat ku nanti.. mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tidak pernah melihat dan memandang wajah ku, mereka hidup jauh daripada aku tidak seperti kalian… tetapi mereka begitu rindu kepada ku dan saksikan lah sahabat-sahabat ku sekalian… aku pun rindu kepada mereka…

Mereka yang mulia itu, merekah lah UMATKU………”

Bayang kan pada saat itu baginda menitiskan air mata nya dan semua sahabat menangis…

Tolong katakan sapa yang dirindui nabi Muhammad SAW??? siapa yang di doakan oleh baginda satiap waktu???

Demi Allah sekarang tolong tanyakan diri anda masing-masing… sudahkah kamu mencintai nabi Muhammad SAW???

Tolong bayangkan, siapakah icon mu selama ini???

Siapakah icon anak-anak kamu selama ini???

Siapakah idola saudara-saudaramu selama ini???

Lihat lah saudara-saudara kita yang lalai dengan kemewahan dunia… mereka tidak ada lagi sifat cinta akan Rasulullah… mereka bangga dengan icon-icon artis mereka… mereka bangga dengan pemain bola sepak yang mereka minati…

Tolong katakan, sudah berapa lama kita lalai sehngga kita melupakan baginda sedangkan baginda sentiasa mengingati kita semua sebagai umatnya… kalau kita mengaku yang kita ini adlah merupakan umat baginda, tolong Tanya diri kita sendiri…. Sudahkah kita mencintai nabi Muhammad??? Sudah adakah air mata yang berlinangan disebabkan kita merindui baginda??? Sudah berapa lama kita melupai baginda??? ….

Mulai dari saat ini, merilah kita timbulkanrasa cinta kita kepada baginda… semoga kelak nanti di padang mahsyar, kita akan bertemu dengan baginda nabi Muhammad SAW..


Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...