create your own banner at mybannermaker.com!

Sabtu, 15 Januari 2011

SALAM TERAKHIR DARI ABANG & SELAMAT HARI LAHIR ADEQ

~Assalamualaikum sahabat-sahabatku, kawan2ku serta musuh2ku yang amat aku kasihi,walaupun penat hari ini tapi akhirnya dapatlah meluangkan masa menconteng di blog ini. Akan tetapi, kadang-kadang internet ni bermasalah sikit. Sabar itu sebahagian dari iman Kali ini penulisan ditujukan khas buat adikku tersayang

Nur Shafiqah bte Mazlan SELAMAT HARI LAHIR 15.1.2011

&

A.Shaari Bin Yusof~


Khas buat adik.....

Abang menulis warkah kasih buat adik tersayang

Ku tak sangka masa begitu cepat berlalu..

ku tak sangka kite makin dewasa


aku bukanlah terbaik..

tapi ku jua seorang manusia

yang suka belajar

yang manja diajar

dan ku dikurniakan

guru-guru cilik seperti kamu semua

pendamping semangat seperti adik-adik

pemberontak jiwa yang kental seperti kalian

yang banyak mengajar diri

erti hidup dan kehidupan ini


di mana ada pasang surutnya

di mana ada sedih cerianya

di mana ada tua mudanya

di mana suatu hari nanti kita akan berlalu jua

di mana ada jatuh dan bangunnya

tika tertatih, ku tahu kamu smua takkan biarkan mereka itu tertatih lagi..


kenangilah selalu

segala kenangan kita bersama..

kenangilah..

dalam tawa gembira mahupun tangisan..

itulah tanda ukhwah kita bersama


khas buat adik-adik ku di sini..

yang sentiasa bersemangat..

semoga kuat dan tabah..

ingatlah SyurgaNYA

tatkala kamu jemu pada dunia..

tatkala kamu ingin berputus asa..

kerana dunia adalah ladang kita..

hasilnya akan kita petik

untuk di bawa ke sana..


Adikku sayang

Gagahkan langkahmu

Eratkan genggaman semangatmu

Teguhkan benteng doamu

Bersenjatakan Pasrah dan KetentuanNya

Kau pasti akan berjaya

Meniti hari muka

Sebagai insan dewasa

kau harus percaya dengan pasti

DUNIA TAK KEKAL ABADI

Hanya menguji Cekalnya Hati

Sebagai KHALIFAH YANG SEJATI


JIka diri ini lama tidak bertanya khabar..

bukan bermkna aku tidak ingat pada adik-adik..

ku ingat selalu di hati hina ini.

InsyaALLAH..

Tuhanku..

aku percaya pada sgala

ranjau kehidupan ini

rahmatMU luas tak terhingga

kami insan yang masih mencari

akan kami tempuhi

sagala dugaan bersama..

puitis ini dengan selamba

tanpa kata yg sukar dfahami

salam sayang untuk abg buat adik-adik semua..


Duhai adikku,

Jagalah akhlak mu,

Kerna akhlak buruk itu,

Bakal merosakkan amalanmu,

Ibarat cuka merosakkan madu,

Duhai adikku,

Sempurnakan imanmu,

Tanda ketinggian agamu,

Tanda kemuliaan akhlakmu,

Tanda keteguhan peganganmu,

Duhai adikku

Katakanlah perkara baik

Atau diamkanlah bicaramu,

Jagalah pergaulan mu ,

Muliakanlah tetamu mu itu,

Agar dikau beroleh tempat tertinggi

Menjadi pilihan Ar-Raafi’

Dikasihi Rasullah SAW

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

Adik walaupun nama aku sudah tiada di hatimu tapi doakukan selalu menyertaimu, semoga kau menjadi manusia yang berjaya dan diberi Kekuatan & kesabaran oleh Allah...

INGAT SEGALA PESANAN AKU.....SELAMANYA..

Syukran wa jazakillahu khayran katheera ya ukhti wa akhi, it softens and touches me so deeply, ana uhibbuki fillah....

sabtu:11-50pm:rumsis


Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...