create your own banner at mybannermaker.com!

Jumaat, 21 Januari 2011

Adik-adik ku.......maafkan aku...

Adik-adik ku.

Kamu adalah jirusan rahmat yang Allah berikan padaku.

Padamulah aku hamparkan kasih sayang ini.

Kamulah yang ku harapkan sebagai penyambung ruh cintaku pada dakwah ini.

Sebab itu aku berhempas pulas menyusur hari hari dan berpayung embun malam dan terkadang menyeberang fajar dalam kelelahan semata mata untuk melihat kamu semua menjadi pembina dan pemikul risalah agung ini.

Aku ingin kamu bersungguh sungguh meneguk tarbiyah ini.

Meneguk khazanah pengalaman ku, untuk memudahkan kamu melalui pelbagai bentuk dakwah didalam perjalananmu nanti supaya keringat dan airmata yang akan kamu curahkan nanti kan melautkan manusia menikmati hidayahNya!

Tapi adakala aku amat bimbang!

Setelah bertahun kita bersama aku lihat masih ada yang tidak memahami lagi tabiat jalan ini.

Ada yang masih tidak melakukan perubahan dan pembaikan lagi sehingga masuh terdapat banyak lubang2 yang masih tidak tertutup.

Aku dapati walaupun ada dikalangan kamu telah berubah dan mampu membuang rawasib rawasib jahiliyah tapi masih terpingga pingga lagi untuk membaiki amal.

Ada juga yang ku lihat banyak yang melakukan pembaikan tapi masih tidak berubah akhlak dan peribadi.

Kamu harus ingat, dakwah islam tidak setakat melakukan ‘ perubahan’ tapi juga ‘ pembaikan‘!

Kedua hal ini tidak boleh berubah seperti dua sisi wang siling.

Perubahan yang dilakukan tanpa pembaikan adalah seperti orang yang berjalan tanpa arah dan pembaikan tanpa perubahan seperti menuang air didaun keladi.

Sebab itu seringkali aku berpesan pada kamu berubahlah dengan ikhlas.

Dengan kefahaman.

Dengan Iman dan dengan kesungguhan kerana inilah perubahan yang sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah.

Aku tidak mahu kamu berubah atas arahan aku atau malu dan segankan aku atau berubah secara terpaksa kerana perubahan begini adalah perubahan yang arificial. Perubahan palsu.

Perubahan itu bukan sekadar perubahan ganti kulit adapun isinya masih tetap ular.

Kerana perubahan begini tidak akan dapat menjaga syumuliyatuud dakwah dan pasti memberi impak yang besar kepada jamaah dan dakwah dalam jangka panjang....


Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...