create your own banner at mybannermaker.com!

Sabtu, 8 Januari 2011

INSAF... ORANG YANG ???

ORANG YANG SIBUK
adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

ORANG YANG MEMPUNYAI SENYUMAN YANG MANIS
adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

ORANG YANG KAYA
adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini..

ORANG YANG MISKIN
adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

ORANG YANG RUGI
adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

ORANG YANG PALING CANTIK
adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS
adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya....

ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL
adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa api neraka..

__________________________________________________________

Pesanan Kepada Saudara Islam Ku Sekalian...
Janganlah melibatkan diri dalam forum ,chat atau soal jawab mengenai agama di dalam Internet kerana ANDA TIDAK tahu dengan SIAPA ANDA sedang BERBICARA..

Zaman sekarang terlalu banyak FAHAMAN yang mengelirukan umat ISLAM keseluruhannya....Berpeganglah pada sunah Nabi Muhammad S.A.W dan Al-Quran...
Sekiranya KELIRU tentang sesuatu ceramah atau nasihat dari seseorang yang mendakwa dirinya ALIM, Bertanyalah sekurang-kurangnya pada 30 Orang ALIM ULAMA atau USTAZ untuk KEPASTIAN...





Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...