create your own banner at mybannermaker.com!

Jumaat, 24 Disember 2010

LUAHAN KANDA..

Kehadapan dinda yang amat aku kasihi…
Dinda,
Aku tahu kau selama ini merinduiku..
Aku tahu kau selama menyayangiku..
Aku tahu kau selama ini menungguku..
Tapi,
Ingatlah dinda,aku buat semua ini semata-mata..
Untuk mendapat keredaanNya..
Semata-mata untuk kebahagiaan kita bersama..
Dinda,
Aku tahu jika sewaktu dulu..
Kita selalu main SMS..
Aku tahu jika sewaktu dulu..
Kita selalu menelefon antara 1 sama lain..
Aku tahu juga jika sewaktu dulu..
Kita mengadu kasih bersama..
Tapi dinda..
Adakah dinda tahu??
Kenapa aku buat semua itu..
Inilah jawapannya..
Pertama kenapa aku kurang main sms..
Kerana aku dengan IBU dan AYAHku juga tidak selalu bersms..
Adakah patut seorang anak melebihkan seseorang yg lagi penting dalam hidup??
Kedua kenapa aku kurang menelefon..
Kerana aku takut dengan menelefon itu akan mendatangkn nafsu yg di tiupi syaitan durjana..
Kerana aku takut dengan menelefon itu juga kita akan mengadu domba..
Adakah kita pernah meluahkan perasaan kita pada ilahi??
Adakah pernah kita meluahkan rasa SAYANG,CINTA,RINDU pada Allah??
Renungkan..
Sudah berapa kali kita meluahkan perasaan tersebut
tapi BERAPA KALIKAH KITA PERNAH MELUAHKAN PADA IBU DAN BAPA KITA??
Ketiga kenapa aku tidak mengadu kasih bersama..
Kerana dengan mengadu kasih itu kita akan SELALU MERINDUI..
Di setiap masa, setiap saat, setiap jam..
Tapi adakah kita pernah terfikir berapa kali kita MERINDUI Nabi MUHAMMAD??
Berapa kalikah kita merindui IBU yg sewaktu dulu melahirkan,membesarkan,mendidik..?
Berapa kali kita merindui MEREKA??
Dinda..
Harapan aku hanya kebahagiaan kita disuatu hari nanti..
Harapan aku hanya berkekalan serta ukhwah kita berpanjangan..
Harapan aku hanya untuk MENDAPAT KEREDHAAN drp Allah..
Dinda andai aku selama ini menyakiti..
Andai aku selama ini melupaimu..
Ingatlah..
Aku izinkan dinda pergi mencari LELAKI yang lebih baik dari aku..
Aku memberikan kebebasan kepada dinda jika tidak dpt menungguku..
Aku izinkan dinda pergi dari kenangan kita bersama…
Akhirnya…
Maafkan aku..
Jika aku pergi sebelummu..
Ingatlah kenangan dan impian kita bersama…
Ingatlah dihatiku hanya ada namamu dan selamanya tetap dan tidak pernah berubah..
Hanya DOA dan HARAPAN sahaja mengiringi…
Semoga kasih dan rahmat drp Allah merestui hubungan kita..

BUAT DINDA YANG AMAT AKU KASIHI…

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...