create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 5 Januari 2011

JOM BACA BEST...pengalaman malam pertama....[dasyat2]

Malam 2 bulan mengambang penuh...sejuk dan sunyi.seolah2 merestui apa yg akan ku lakukan.namun jantungku berdebar kencang.....

aku x tahu bagaimana hendak melakukanya......

sejak awal malam lgi aku sudah mula risau.pengalaman yg ada cuma dri cerita org saja...dialah yg pertama bagiku.....

malam sudah hampir subuh.aku masih terpaku lgi.dapatku rasa kehangatan badannya di sisiku.org lain semua masih tidur...kata org inilah masa yg paling sesuai....sebelum subuh!!b4 matahari terbit...

ahhhh!!!!!!!aku lelaki,aku mesti boleh melakukannya...mesti!!!mesti!!!!mesti!!!!.....ku beranikan diri.....ku pandang dia,dia diam saja,ku renung matanya,dia masih diam....aku tahu dia menungu aku....akulah yg mesti melakukannya...mesti!!!mesti!!!mesti!!!

denyutan jantungku bertambah kencang...ku beranikan diri lgi...ku pandang kepalanya...dia masih diam...perlahan,ku raba belakangnya...oh!!dia bergerak...munkin dia geli kot..denyutan jantungku x terkira lgi......

ku pandang punggungnya yg bulat?besar?terlintas di fikiranku...gatal di hatiku makin menjadi....ku pegang punggungnya yg pejal....ku dengar deru nafasnya....

jantungku hampir meletup kurasa...geramku x tertahan lgi.kini haku sudah nekat...ku pegang susunya...oh!!!alangkah lembutnya...alangkah halus kulitnya....ku ramas perlahan-lahan,dia menoleh!!!hampir pengsan ku rasa....namun aku tahu aku sudah bersedia untuk melakukannya...

aku terus duduk...aku sudah x malu lgi...aku sudah x takut lgi.....aku kangkangkan kedua kakinya....ku letakkan kedua tangan ku pada susunya...besar!!!ku ramas perlahan lagi dan lagi.....

kini aku sudah tahu...kini aku sudah rasa....bagaimana seronoknya memerah susu lembu......


Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

untuk apa kita hidup???

DENGAR SINI SAHABAT,TEMAN,KAWAN

saya kata lagi!
mari kita sembah Tuhan!
mari kita beramai2 menyembah Tuhan!
jangan sembah selain Tuhan!
jangan sembah harta!
jangan senbah daki dunia!
jangan sembah kekayaan!
jangan sembah kesenangan!
jangan sembah kemewahan!
jangan sembah kesombongan!
jangan sembah pangkat dan kedudukan!
jangan sembah pujian dan sanjungan!
bukan kerana itu kita dijadikan!
saya kata lagi!
mari kita hidup bersama2 utk menyembah Tuhan!
kerana itu kita dijadikan!
bukan hidup kerana mengejar harta!
bukan hidup kerana mengejar nama!
bukan hidup kerana menjajah dunia!
bukan hidup kerana berpoya2!
bukan hidup kerana mencari jawapan!
bukan hidup kerana mencari kesenangan!
bukan kerana itu kita dijadikan!
saya kata lagi!
jangan hidup menjadi hamba harta!
jangan hidup menjadi hamba dunia!
jangan hidup menjadi hamba kemewahan!
jangan hidup menjadi hamba pangkat dan pujian!
jangan hidup menjadi hamba ego dan kesombongan!
jangan hidup menjadi hamba ketawa dan bahagia!
jangan hidup menjadi hamba ketenangan dan ketenteraman!
tetapi...
hiduplah sebagai hamba Tuhan!
hamba yg menyembah Tuhan!
hamba yg hidup dan mati menyembah Tuhan!

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

“Magnet Hati” Kehidupan

Kehidupan mempunyai misterinya sendiri, Bumi kita mempunyai medan magnet yang sangat besar, Alam universe pun memiliki medan magnet dan gaya gravitinya sendiri, semua berjalan pada orbitnya dan berputar pada paksinya.

Manusia juga mempunyai misterinya sendiri, kemampuan yang membuat seseorang bisa menjadi sangat 'kecil' dan bisa sangat 'besar' ... Bila terkukung oleh fikirannya sendiri, manusia menjadi sangat kerdil, Dengan kebesaran hatinya manusia dapat menjadi besar. Kekuatan Pikiran manusia bisa sangat tidak terbatas.
Demikian dengan 'magnet hati' akan membuatmu mengenali kemampuan dirimu sendiri ..
Mengapa ada yang senang berteman dengan kita, mengapa ada yang menolak kita, mengapa ada daya tarikan menarik antara kita, dan ada kuasa tolak menolak diantara kita. Ini semua kerana Magnet Hati yang kita miliki.
Menyedari bahawa gelombang magnet yang kita pancarkan, itulah yang akan menarik kembali apa-apa di sekeliling kita yang sesuai dengan gelombang tersebut.
Medan magnet yang positif, akan membawa kebahagiaan ... dengan mengunakan kekuatan gelombang medan magnet plus (cinta kasih, kasih sayang, kebijaksanaan, kedermawanan, keramahan, kesabaran, dll) tentunya akan menghasilkan medan magnet yang dasyat luar biasa ... akan terpancar ke semesta alam, dan sebagai gaya tariknya yang luar biasa pula, Ia akan memberikan pada kita hal-hal yang positif pula. Ia akan memberimu kebahagiaan, menarik teman2 yang selari, selaras dan baik hati pula ...
Memberimu kekuatan dalam menjalankan hidupmu, kerana semua hal2 yang positif telah melekat pada dirimu ....
Nah medan magnet negatif tidak perlu dibahas lagi .. kerana tanpa disedari, kita setiap saat, setiap moment yang paling sering mengunakan kekuatan medan magnet negatif ini, hasilnya yah seperti yang sering kita rasakan .... derita tiada akhir ...
So mahu mengubah hidupmu, tinggal switch "on" atau switch "off" medan magnet hati apa yang ingin kita gunakan ... ... ...
Hidup ini penuh dengan suka dan duka ... silih berganti seperti magnet dengan dua sisi ...
jangan terlalu banyak mengunakan medan magnet negatifmu ... sudah saatnya mengunakan kekuatan dari medan magnet yang positif ....
Hayooo berjuanglah !!!!!
Semua ada dalam dirimu .. Guna dan rasakan manfaatnya!

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

GELAP DALAM LIMPAHAN CAHAYA (TERLANJUR ATAU ZINA???)

Bagaimana pandangan awak tentang remaja kita yang terlanjur?”

“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.

“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.

“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”

“Apa istilah yang lebih tepat?”

“Berzina!” jawab saya pendek.

Lelaki itu kehairanan lalu mencebik seraya berkata, “kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut.”

“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”

“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”

“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”

Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.

“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang menerjahnya.

“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”

Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.

“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,” balas saya.

“Ai, zina pun ada mukadimahnya?”

“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina. Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”

“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”

“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.” jawab saya pendek.

“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial,” katanya terus-terang.

“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah teladan ikutan kita bersama.”

“Baik-baik. Teruskan…”

“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”

“Ok. Apa maksud awak?”

Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di seminar-seminar di IPT.

“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”

“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.

“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”

“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”

“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”

“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di sinilah, bukan di sana.”

Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala. Mujur saya cepat sedar dan hanya mengerling mata.

“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di dunia.”

“Fasal apa pula?”

“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”

“Kembali kepada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya agak kasar.

“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”

Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”

“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”

“Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, dalam perniagaan, dalam perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau interaksi sosial tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan yang liar dan sentuhan yang di luar batas!”

“Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia.”

“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan.”:

“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”

“Saya bimbang… Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi tetapi budaya ‘mukadimah’ zina anehnya terus diperagakan dan dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan apa sahaja produk, budaya bergaul bebas seperti menari bersama, dating dan bergaul bebas itulah yang diiklankan juga.”

“Awak kolot. Itu kan ada nilai komersial?”

“Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal dipersempit dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan dan signifikan.”

“Kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh.”

“Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”

“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina…”

“Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam Al Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, jangan kamu hampiri zina!”

“Awak dah mula emosi. Janganlah emosional.”

“Tuan, jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. Sayang, cintakan umat, membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”

“Islam menyuruh kita membenci?”

“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Pada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah.”

“Kalau iman kita kuat, apa sahaja yang di luar tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem penapis dalam atau ‘self censord’. Kita tidak perlu sekatan mahu pun kawalan.”

“Betul kah iman kita kuat? Betul kah iman remaja kita kuat? Dan satu lagi, betulkah orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”

“Apa awak cakap ni?”

“Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati.”

“Banyak sangat perlambangan!”

“Dan orang yang kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w, manusia yang paling kuat iman, namun semasa menerima bai’ah daripada kaum wanita baginda sendiri tidak bersalaman dengan mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang juga kuat imannya.”

“Itu sejarah.”

“Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah. Untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan. Kita jangan gunakan akal semata-mata, tetapi gunakanlah akal dengan suluhan wahyu dan sunah.”

“Awak sindir saya?”

Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, “saya masih ingat dengan akal fikiranlah, dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internet. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”

“Bagaimana pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?” tiba-tiba dia pula yang mengalih tajuk perbualan.

“Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!”

“Apa maksud awak?”

“Betul, remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya ‘mukadimah’ zina terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat akibat, jika puncanya terus dibiarkan malah diperagakan? ”

“Jadi awak setuju atau tidak?”

“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘saddus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”

“Ei, ada kempen solat juga?”

“Ya Allah, bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Ada kajian dulu yang saya dengar sudah di tahap 80% umat Islam sudah tidak solat. Remaja kita bagaimana? ‘Retua’ yang mendidik remaja pula bagaimana?”

“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”

Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati dan mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain. Ada kesan berangkai yang jika diamalkan, ada kesan baik kepada bidang yang lain. Dan ada kesan buruk secara berangkai bila salah satu ajarannya ditinggalkan. Justeru, Allah telah memberi peringatan: Masuklah Islam secara keseluruhan!

Soalnya, apakah kita sudah Islam seluruh, sepenuh? Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu, bukankah Islam itu agama samawi? Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup?

Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!



Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

ASYIK TENSION JER...jom kita layan lawak plak...

1)3 kali je....

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

2)BACELAH.......


miss universe jokes ( bace smpai lebam)...

Miss USA, Miss Malaysia and Miss Singapore are being asked 3 simple questions:
It is the final round of the Miss Universe Pageant and the 3 finalists, Miss USA , Miss
MC: The first question is name me an electrical appliance starting with 'L'
Miss USA : Lamp
Miss Malaysia : Light bulb
Miss Singapore : LADIO
Judge: No, no, Radio does not start with the letter 'L'

MC: I am going to give you 3 more chances; Now, name me an animal starting with the letter 'L'
Miss USA : Lion
Miss Malaysia : Leopard
Miss Singapore : LABBIT
Judge: No, no, no!

MC: Your next chance. The name of a famous car that starts with 'L'
Miss USA : Lexus
Miss Malaysia : Lamborghini
Miss Singapore : Lolls- Loyce
Judge: Oh my God!

MC: I am going to give you one last chance! Name me a fruit starting with the letter 'L'
Miss USA: Lemon
Miss Malaysia: Lychee
Miss Singapore, with full of confidence, smiles and says: LIEWLIAN!! (Durian)

This is not the end of the story, the Judge consulted the board of judges to determine if Miss Singapore should really be disqualified; and they decided that since Miss Singapore was having so many problems with the letter 'L', they decided to give her another chance.

Judge: OK, the final question is : Name me a human anatomy starting with the letter 'L'
Miss USA : Lung (applause)
Miss Malaysia : Liver (even more applause)
Miss Singapore : LAN CIAU !!
The Judges fainted..!

Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...