Ahad, 17 Mei 2009

ADA APA DENGAN SAYA.....

Assalamualaikum

Renung dan fikirlah wahai sahabatku sekelian.. Sejauh mana kita mencintai Allah .. Tuhan yang Maha Agung ?? Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit.

Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku
memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia disajikan itu.
Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, "Adakah
kamu mencintai Aku?" Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku,
masakan aku tidak mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?"

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lalukan tanpa anggotaku ini yang
selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap akan mencintaiMu."

Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu?"
Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang ditak mampu kulihat?
Kemudian aku terfikir... ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan
mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab,
"Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu, aku akan tetap menyintaiMu, ya Allah." Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?" Bagaimana mungkin bagiku mendengar
jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati.
Aku jawab, "Walaupun amat takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu."

Dia menyambung lagi persoalannya, "Jika
kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?" Aku tertanya lagi, bagaimanakah aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak
mampu untuk membunyikan pujian bagimu, aku tetap akan memujiMu."

Dan Dia terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?" dengan
nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi., tetapi Dia terus bertanyakanku lagi, "Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?"
Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak
sempurna... aku bukan maksum."

"Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira... kamu lupakanKu; kamu
lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan...
kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?"
Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari.. titisan panas turun
membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini... kadang kala sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?"
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu
dizalimi, kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk
berkidmat di jalanKu?"

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab
segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi, aku tidak punyai
jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar
berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan... namun
tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.Dia berkata-kata lagi...

"Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan
dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi
kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu
sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya.

Aku turunkan kepada kamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.
" Sambungnya lagi, "Kini... adakah kamu menyintaiKu?"

Aku tidak mampu menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?
Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama
ini.Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang bolehku
jawab bagi persoalan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun di
kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala
dosaku. Aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah..." Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku
ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."

Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku
melakukan kesalahan berulang kali dan memohon ampun berulang kali? Sampai
begitu sekalikah cintaMu terhadapku?" Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan
memberikanmu semangat.

Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir Dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya."
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan... buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

wa'allahualam
ukhuwwah fillah


INILAH keretas idamanku.....heheh
nie tme aq kat MSAM.....













time nie aq tgh tunaikan hji kat musolla persada...
peh best gler mcm btol2.....












hahaha bercahayakn???
time nie qa kat madinah johor la ...bkn madinatul munauwarah...
heheheh



Hai i zulfikar.
panggiln bexraz...
sebenarnya ipn mlz nak wat blogs nie..
penat..tapi xpe la wat suke2 jer..ehhee
i nie jenis yg x tau nk ckp mcm ner..
heehhe ... yg kenal i jer yang tau i mcm ner...
apa yg penting dlm idup i ialah berjaya didunia dan akhirat..
dan menjadi anak yang soleh...
i nie suke memotivasikan org.. tapi x mnat dimotivasikan..
heheheh..
skank nie i nak ckp ckit jer.
bknnya per sekadar suke2..
dan biarlah kite same2 ambil ikhtibar dan pengajarn k..
first.. thz 2 Allah to our life and evrythg..
dgn syukur dan amnnya islam yg dibawa Rasulallah semoga ia berpnjangan selamanya..
hidup ini hanya sekali dan takkan sesekali bleh diundur.. fikirknlah muhasabah diri
kenapa kite dilahirkan??
kenapa berat dugaan yang Allah berikan kepada kite??
semua e2 adlh untuk manusia berfikr.. untk manusia bersyukur utk manusia mengenl siapa diri????
manusia selalu menyaahkan takdir sedangkan e2lh kesimpulan dr apa yang manusia lakukan sendiri........................BERSAMBUNG...
Jangan lupew Follow,komen,like and share ok =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...